free tracking




≡ Menu

Talqin Banduan Terakhir (Siri 3 Akhir)

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kisah Banduan Terakhir

Talqin Banduan Terakhir (Siri 3 Akhir)

KINI, Penjara Sungai Buloh, sel banduan terakhir.

Kamil menyerahkan sepucuk surat kepada warden penjara. Surat itu dimasukkan ke dalam satu sampul surat besar berwarna coklat. Kamil turut memasukkan seutas tasbih yang dipakainya kedalam sampul tersebut bersama kopiahnya.

“Encik, tolong bagi surat wasiat ni dan barang-barang ni kepada isteri saya ye,” ujar Kamil. Warden penjara tersebut mengangguk lalu beredar. Kamil terduduk di dinding. Hatinya merintih, memohon kepada Ilahi supaya hatinya dan hati isterinya kuat untuk menempuh ujian yang bakal berlaku. Warden penjara tadi kembali ke selnya.

“Kamil, ada lagi sejam lagi, saya harap kamu kuatkan iman kamu ye,” pujuk warden tersebut. Kamil menangis. Perlahan lahan dia membentangkan sejadah. Dengan keadaan menangis, dia mendirikan solat sunat taubat. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Terasa hatinya dibaluti bayangan dosa yang dilakukannya. Air matanya menitik di sejadah tatkala dia sujud. Warden yang melihatnya memalingkan muka ke arah lain. Hatinya turut terasa sebak.

Apartmen Mutiara, Kampung Pandan.

Kesejukan malam terasa mengcengkam sehingga ke tulang sum-sum. Aisyah mendirikan solat sunat taubat. Dia mengangkat takbir. Semasa membaca surah Al-Fatihah, air matanya mula merembes keluar. Aisyah meneruskan solatnya dalam keadaan menangis. Seusai solat, dia berdoa penuh khusyuk.

Ya Allah Ya Rahman, ampunilah dosa hambaMu yang hina ini, ampunilah dosa suamiku, sesungguhnya kami tak kuat untuk menghadapi dugaanMu ini, dugaanMu ini terasa sangat kuat Ya Allah.

                Ya Rabbi, ampunilah dosa suamiku yang berada di penjara. Hamba tahu ini adalah dugaan dariMu Ya Allah. Ampunilah dosanya dari kecil hingga dewasa, dan hinggalah ke akhir hayatnya. Kuatkanlah hati-hati kami untuk kami menghadapi ujian ini. Kuatkanlah jiwa hamba untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Kuatkanlah hati hamba untuk menghadapi cabaran dalam membesarkan anak tanpa suami di sisi. Ya Allah.

                Ya Allah, kuatkanlah ikatan cinta kami,kuatkanlah ikatan kasih sayang kami, agar kami dapat mnyambung percintaan kami yang Engkau redhai di syurgaMu. Tempatkanlah kami di tempat para anbiya’ dan orang –orang soleh.

                Air mata Aisyah menitik di telekungnya. Dia meraup wajahnya. Aisyah memandang ke arah anak kembarnya. Itulah peninggalan harta cinta antara mereka berdua. Dia mencapai Al-Quran lalu membukanya. Perlahan-lahan dia membaca surah Yaasin, mendoakan agar suaminya kuat dan dirinya tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Kamil berteleku di sejadah. Dia berdoa penuh khusyuk kepada Allah Taala. Warden penjara memandangnya. Terasa suasana di sel banduan terakhir itu tenang dan damai meskipun penghuninya bakal menjalani hukuman sebentar lagi. Dia memandang wajah Kamil. Wajah tersebut kelihatan bersinar dan bercahaya meskipun kelihatan pucat. Kamil meneruskan doanya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Ya Allah, dengan penuh kehinaan, dari seorang hamba yang penuh dengan dosa dan nista, dari seorang hamba yang berasal dari setitis air, hamba merayu kepadaMu Ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk menghadapi apa yang bakal berlaku sebentar lagi Ya Allah. Berilah kekuatan kepada isteri hamba yang bakal menghadapi dugaan membesarkan anak kami Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada anak-anak kami yang bakal membesar tanpa disisi mereka seorang insan yang bergelar ayah. Lindungilah mereka dari segala kejahatan samada kejahatan yang mendatang secara depan atau belakang. Lindungilah isteri hamba dari segala gangguan yang mengganggunya Ya Rahman. Meskipun kami bakal terpisah oleh kematian.

                Ya Allah, dosa hamba dan isteri hamba menggunung tinggi, dengan jasad yang hina ini, hamba memohon keampunanMu Ya Tuhan. Bukan hamba tidak redha dengan ujianMu ini, cuma hamba hendak mengagu padaMu, kerana Engkau adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu, merintih segalanya, kerana Engkau adalah Pemilik kepada hamba. Tuhan yang berkuasa seluruh alam.

                Ya Rahman. Kuatkanlah ikatan iman kami, kukuhkanlah hati isteri hamba dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. Kuatkanlahikatan cinta kami,janganlah Engkau putuskan ikatan cinta kami meskipun kami bakal terpisah di tembok kematianMu. Ya Allah, semoga kami dapat menyambung ikatan cinta kami, ikatan cinta yang Engkau redhai di Syurga FirdausMu. Agar dapat kami bersatu di syurgaMu, Ya Allah. Hanya Engkaulah yang berkuasa atas segalanya. Ya Allah, kuatkanlah iman kami, kuatkanlah ikatan cinta kami.

                Kamil meraup wajahnya. Dia memandang ke arah Al-Quran. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Bibirnya membaca talkin untuk dirinya dengan suara yang tenang dan rendah.

Bismillahirrahmanni rahim.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan

binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

                Warden penjara memandang sayu kepada Kamil. Kamil meneruskan bacaan talqinnya.Ya Allah, teguhnya iman hambaMu ini meskipun kematian sekamin menghampiriya. Tempatkanlah dia di kalangan para nabi dan orang-orang soleh. Dua orang pegawai pengiring menghampirinya. Mereka memandang Kamil. Terasa suasana begitu tenang dan damai.

Ingatlah wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Pintu sel dibuka. Kedengaran bunyi kunci berlaga bergemerincing. Kamil tetap tenang. Air mata mula membasahi pipinya. Dua orang pegawai menjalankan tugasnya.

Wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Aisyah memandang gambar perkahwinan mereka. Hatinya terasa tenang dan dibaluti dengan kekuatan meskipun kematian akan memisahkan mereka suami isteri. Semoga Allah Taala menempatkan abang di Syurga Firdaus, dan Insya Allah kita akan bersatu menyulam cinta di akhirat kelak, di Syurga FirdausNya.

 

SEKIAN……………….
MOHAMMAD OMAR BIN ISMAIL,
DAMANHUR, BUHAIRAH,
REPUBLIK ARAB MESIR…….

Oleh: Mohammad Omar Bin Ismail l hasnulhadiahmad

Artikel “Talqin Banduan Terakhir” yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan, dan hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

{ 2 comments… add one }
  • Travel-Zoom January 26, 2013, 1:42 pm

    Semoga kita mati dlm husnul khatimah…

Cancel reply

Leave a Comment