free tracking




≡ Menu

Tabiat Merokok Ketika Berbuka Puasa Boleh Membawa Maut

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi – bharian

{ 2 comments… add one }
  • nurmisnan August 2, 2012, 10:42 am

    Benar tuh.. berbuka puasalah dengan makanan yang berzat dan banyakkan minum air utk menampung seharian kia berpuasa. Sebaiknya kurang2kan merokok.. insyaAllah… lama2 niat nak berhenti tuh jadi kenyataan

  • HafizAmri.Com August 4, 2012, 10:26 pm

    Dahulukan berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air kerana ia disunatkan.

Cancel reply

Leave a Comment