free tracking




≡ Menu

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad

{ 34 comments… add one }
  • Hj Azman Bin Hj Abdullah February 19, 2012, 12:35 pm

    Atikel Tn sangat menarik minat saya. Tk

  • nurmisnan February 29, 2012, 11:51 pm

    Thanks kongsikan disini brother.. sesungguhnya teruja
    dgn kekuasaan Allah menjadikan Makkah dan batu syurga
    hajar aswad…

    • Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012, 2:07 am

      Semoga Allah memberikan kesempatan ke Baitullah dan berpeluang mencium Hajar Aswad….InsyaAllah…

      • achmad ubaidillah June 16, 2012, 7:58 pm

        Aamiin, kita semua berdoa dalam sholat kita untuk kebaikan semua saudara2 dalam Islam.
        Semoga tercapai apa2 yang anda inginkan, Aamiin

  • athiff March 2, 2012, 9:26 pm

    Assalam, sy share entri ni..info sgt menarik..sy akn link blog Hasnul k..

    • Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012, 2:11 am

      W’salam….silakan athiff…InsyaAllah…moga beroleh manfaat…

  • auc dot com March 9, 2012, 6:35 pm

    assalam
    wah sesuatu yg amat menarik utk dikongsi bersama

    • Hasnul Hadi Ahmad March 10, 2012, 10:39 am

      W’salam….Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua…InsyaAllah….

  • Shafiq March 10, 2012, 12:20 pm

    Assalamualaikum… ana minta share entri ni… info menarik, ada kesinambungan dgn entri ana…

    • Hasnul Hadi Ahmad March 10, 2012, 12:30 pm

      W’salam Shafiq….Silakan…Semoga di Kredit @ Sumberkan kembali artikel ini ke HasnulHadiAhmad.Com, Terima Kasih dan Selamat Berkongsi….(”,)

  • zul June 13, 2012, 10:06 am

    kalaulah teknologi sains dimiliki oleh umat islam, tak perlulah kita mengharapkan org kafir utk membuktikan kebenaran agama kita.
    tp sayang jumlah kita cuma umpama buih, banyak tp rapuh.
    marilah kita sama2 menjadi umat yg sukakan ilmu, bukan mengejar glamour menjadi artis fantasia…

    • Hasnul Hadi Ahmad June 14, 2012, 10:59 pm

      dan ramai juga dikalangan Non Muslim dapat hidayah Islam melalui kajian saintifik yang mereka lalukan….

  • achmad ubaidillah June 16, 2012, 7:52 pm

    Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah
    Allah Huakbar!!, Pengalaman saya ketika tawaf pertama (ifadha ??) di awal kedatangan saya ketika haji tahun 2007-2008 lalu membuktikan itu. Dari Jakarta saya agak kurang sehat, dalam kondisi teramat sangat lelah karena lamanya perjalanan dan banyak urusan di bandara haji, rasanya tak mungkin saya bisa bertawaf diantara orang sebanyak itu pula. Dalam keadaan biasa atau ditempat lain saya mungkin pinsan, Alhamdullillah ketika itu seperti ada ‘tenaga lain’ yang membuat saya kuat melaksanakannya. Subhanallah walhamdulillah wala quata ilabillah.

    • Hasnul Hadi Ahmad June 23, 2012, 7:40 am

      Subhanallah….Segala kesembuhan itu datangnya dari Allah…Kaabah tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu…perkara itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala.

      • Buff December 9, 2014, 9:08 am

        Great instghi. Relieved I’m on the same side as you.

  • ibrahim jefri June 26, 2012, 4:23 pm

    Miracle..

  • Mohd Subhan December 1, 2012, 11:14 pm

    Assalamualaikum… info yg bermanafaat…. mohon izin utk share dgn kwn2…

  • Agit Naeta January 3, 2013, 12:51 am

    Saya tidak pernah se tertarik ini sebelumnya dengan ISLAM padahal agama saya ISLAM terimakasih telah memberi sedikit pencerahan

  • Agit Naeta January 3, 2013, 12:52 am

    satu lagi sobat, izin share :)

    • Hasnul Hadi Ahmad January 4, 2013, 2:34 pm

      Silakan…Semoga Bermanfaat….

      • Lisa December 9, 2014, 5:30 am

        That’s really thinking at an imievsspre level

  • Fareez June 25, 2013, 10:40 am

    Assalamualaikum wbt, artikel yang menarik. Izin share.

    Fareez

  • ilman December 4, 2013, 11:18 am

    wow subhanallah!

    (ilmanmuttaqin.student.ipb.ac.id)

  • Abdul Rodjak January 31, 2015, 8:20 pm

    Maha benar Allah dengan segala firmannya

  • amurwobumi anwar August 17, 2015, 12:14 pm

    Subhanallah sangat bermanfaat. Smg menjadi pencerah bagi kita semua. Amin ya robbal alamin.

  • Zack December 14, 2016, 7:11 pm

    Interesting n I have copied ur article to distribute to people so that they can further share it to their community…

    Tq n may Allah bless u.

    Zack

Cancel reply

Leave a Comment