free tracking




≡ Menu

Menyingkap Rahsia Alam Jin Dan Syaitan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Memang tidak dinafikan bahawa antara perkara yang wajib dipercayai oleh manusia adalah antaranya perkara-perkara yang ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kepala kita secara realiti, dan perkara ini termasuklah jin dan iblis atau lebih dikenali dengan nama makhluk halus. Kewujudan makhluk ini sememangnya mengancam anak adam. Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus, terumanya kerasukan, barah yang ganjil, sakit dibahagian anggota tubuh yang sememangnya tidak dapat dikesan oleh doktor moden dan alat-alat canggih.

Imam Ghazali menyatakan dalam kitab الاقتصاد فى الاعتقادbahawa ilmu ini adalah ilmu yang ketiga terpenting selepas ilmu Fekah dan Tauhid. Oleh itu marilah sama-sama kita mendalami dan menghayati isi kandungannya.

Al-Quran sebagai satu sumber perubatan Islam

• Memang tidak dapat dinafikan bahawa al Quran merupakan petunjuk dan mengandungi seluruh aspek kehidupan dan tidak ketinggalan juga bidang perubatan. Perubatan yang dibawa oleh al Quran merupakan spiritual dan fizikal secara ringkasnya ubat bagi roh dan jasad sekaligus.

• Di dalam Islam terdapat 4 perkataan syifa’ dan sekaligus membuktikan kepada kita bahawa al Quran adalah sumber perubatan yang terulung.

Maksud: Dan Kami turunkan daripada al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(al Isra’:82)

• Al Quran juga tidak ketinggalan dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus yang lebih dikenali dengan jin dan iblis.

• Hadis juga tidak ketinggalan mengutarakan masalah ini dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumahnya ketika dia sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita lalu Nabi barsabda:

عالجيها بكتاب الله

” Rawatilah dia dengan Kitab Allah  “

Dalil daripada hadis yang lain pula Rasulullah bersabda:

عليكم بالشفاء أى القرآن والعسل

” Dibolehkan berubat dengan Al-Quran dan Madu “

Banyak lagi dalil-dalil daripada al Quran dan hadia yang membicarakan masalah ini.

Jin hakikat bukan khurafat

Di antara dasar akidah Islam ialah beriman kepada yang ghaib bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan Allah untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaNya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang berimn kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka” (Surah al Baqarah:1-3)

Oleh itu setiap muslim wajib beriman tanpa ragu sedikitpun kepada perkara ghaib. Ibnu Mas`ud menyatakan yang ghaib ialah apa yang ghaib yang wajib kita imani kerana terdapat banyak dalil-dalil daripada al Quran dan as Sunnah.

• Tidak terlihat bukan erti tidak ada.

Tidak terlihat jin bukannya berti tidak ada sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat melihatnya tetapi ia mengalir di dalam kabel. Kita membuktikan kewujudannya dengan pengaruh-pengaruhnya yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan udara dan sebagainya.

Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya:

” Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
(Al-Hijr 15:27)

Firman Allah lagi:

Maksudnya:

Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al-A’raaf 7:12)

Jenis-jenis jin

Dari Abu Thalabah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

الجن ثلاتة اصنافى، لهم أجنحة يطيرون فى الهواء حيات وعقارب وصنف يحلون ويظعنون

Maksud: Jin itu ada tiga jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, ular dan kala jengking dan berpindah randah.

Tempat tinggal jin

a) Jin mengutamakan tempat-tempat yang sepi daripada manusia

b) Jin mengutamakan tempat-tempat yang kotor

c) Jin mengutamakan tempat-tempat tandas

d) Jin mengutamakan tempat-tempat yang berlubang

e) Jin mengutamakan tempat-tempat yang ada kotoran binatang-binatang

Adakah jin makan dan minum?

Dalam hadis-hadis soheh banyak menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan jin ialah: tulang dan kotoran binatang.

Bila jin dan iblis berkeliaran?

Dalam hadis Sohihain dari Jabir, ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW:Maksudnya Bila malam menjelang tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Bila malam sudah gelap maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu keatasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.

Di dalam hadis ini ada lima perintah:

1) Dilarang berkeliaran pada waktu itu (menahan anak)
2) Menutup pintu
3) Menutup tempat-tempat air
4) Menutup tempayan-tempayan
5) Memadamkan lampu dengan sebut nama Allah

Sebahagian binatang dapat melihat syaitan

Dari Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda:

Maksud: Jika kalian mendengar suara keldai maka berlindunglah kepada Allah kerana sesungguhnya dia melihat syaitan dan jika kalian mendengar kokok ayam mohonlah kurnia daripada Allah kerana ia melihat malaikat.

Haram meminta pertolongan daripada jin

Firman Allah Ta’ala:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Maksudnya:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72:6)

Jin lebih rendah daripada manusia

Firman Allah Ta’ala:

Masudnya:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa’ 17:70)

Sebab-sebab kemasukan jin:

1) Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau sebaliknya

2) Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan air panas kepadanya dari tempat yang tinggi dan sebagainya.

3) Kezaliman jin terhadap manusia seperti menggangu tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia melalui keadaan tersebut:

a – terlalu marah
b – terlalu takut
c – nafsu syahwat yang tinggi
d – lalai sekali

Kewujudan makhluk halus di dalam tubuh seseorang boleh dikesan melalui keadaan:

Gejala pada waktu tidur (mimpi)

1) Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah payah.

2) Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3) Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu rajin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.

4) Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan.

5) Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.

6) Bunyi gigi ketika tidur.

7) Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur.

8) Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa disedari.

9) Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi.

10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

11) Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

12) Mimpi melihat makhluk aneh.

13) Mimpi melihat hantu.

14) Mimpi melihat budak kecil.

15) Mimpi melihat gereja/salib.

16) Mimpi berjumpa paderi.

17) Merintih ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga

1) Selalu pening, pergi ke hospital atau klinik doktor kata tidak ada penyakit

2) Selalu berpaling daripada mengingati Allah

3) Hilang ingatan fikiran

4) Sering lesu dan malas

5) Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup mengubatinya

6) Sentiasa terasa sakit dibelakang

7) Lenguh disendi-sendi utama

8) Melihat sesuatu yang pelik ketika jaga

9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati

10) Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kakinya

11) Mudah panik apabila menghadapi sesuatu ujian

12) Jiwanya sentiasa lemah

13) Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

14) Mudah marah

15) Emosional (terlalu sensitif)

Jenis-jenis gangguan jin

1) Gangguan sepenuh, iaitu jin mengganggu seluruh jasad seperti orang yang mengalami berbagai sumbatan saraf

2) Gangguan sebahagian anggota

3) Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada dalam jasadnya dalam waktu yang lama.

4) Gangguan sejenak iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Mu`alij (pengubat)

1) Hendaklah beraqidah dengan aqidah yang betul

2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’

3) Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan

4) Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin

5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal tersebut syaitan akan menyerang manusia

6) Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT

7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa cara sekalipun

8) Harus membentengi diri dengan benteng kukuh

Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.

Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih mampu menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.

Bagaimana untuk mencegah kerasukan jin

1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan Nabi

2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan

3) Menyebut nama Allah setiap masuk ke dalam bilik gelap

4) Jangan menyakiti anjing/ kucing

5) Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian maka berwudhuklah terlebih dahulu
dan baca doa untuk tidur

6) Jangan kencing atau buang air di merata-rata terutama dilubang-lubang

7) Jangan bunuh ular yang muncul di dalam rumah

Ayat Pendinding diri

i) Surah al Fatihah

ii) Surah al Baqarah: 1-5

iii) Surah al Baqarah: 163-164

iv) Surah al Baqarah: 255-257

v) Surah al Baqarah: 285-286

vi) Surah al Imran: 18-19

vii) Surah al `Araf: 54-56

viii) Surah al Mukmin: 115-118

ix) Surah ash Shaffat: 1-10

x) Surah al Ahqat: 29-32

xi) Surah ar Rahman: 33-36

xii) Surah al Hasyr: 21-24

xiii) Surah al Jin: 1-9

xiv) Surah al Ikhlas: 1-4

xv) Surah al Falaq: 1-5

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: