Save on your hotel - hotelscombined.com

≡ Menu

Kadar Pinjaman ASB CIMB RHB Maybank Terkini

Pinjaman ASB Maybank, Pinjaman ASB CIMB, Pinjaman ASB RHB, loan asb, syarat pinjaman asb, loan asb untung atau rugi, loan asb maybank, loan asb cimb, kelayakan asb loan, asb loan rhb, cara simpanan asb, apa itu asb loan,

Kalau ada duit banyak nak buat apa kan? Mestilah nak belanja sakan tanpa perlu risau akan duit itu berkurang. Sampai satu tahap, jatuh muflis atau bankrup sebab tak ada simpanan. Ramai je dalam kalangan masyarakat kita yang macam ni. Ini kerana mereka tidak buka mata tentang simpanan yang menguntungkan sebagai contohnya pelaburan. Ada banyak jenis pelaburan dalam pasaran kini. Semuanya dihujung jari. Ambil contoh, simpanan ASB. Tahukah anda bahawa simpanan ASB adalah bukan sekadar simpanan, tetapi adalah pelaburan jangkamasa panjang yang tidak kita sedari.

Akaun simpanan ASB atau Amanah Saham Bumiputra adalah akaun simpanan berbentuk pelaburan yang menyasarkan dividen tahunan kepada setiap akaun pelaburan yang berdaftar. Ambil contoh tahun ini anda simpan RM10,000 di dalam akaun ASB, tahun depan jumlahnya akan bertambah kerana wang pelaburan tersebut dilaburkan dalam urusan perbankan dalam membentuk pertumbuhan ekonomi. Sekiranya ekonomi negara meningkat dan bank mendapat banyak keuntungan pada tahun tersebut, pelaburan anda juga akan membuatkan hasil yang lumayan.

Untuk pengetahuan semua, akaun pelaburan ASB ada dua jenis iaitu pelaburan secara terus dimana anda mengeluarkan modal dan membuka akaun pelaburan ASB dengsn institusi kewangan berdaftar kemudian menerima hasil tahunan, manakala yang kedua pula adakah pelaburan berbentuk pinjaman. Sekiranya anda tidak mempunyai modal dan ada penyata kewangsn yang kukuh, anda diberi kelonggaran daripada pihak bank untuk membuat pinjaman untuk dilaburkan ke dalam akaun ASB.

Unit pelaburan boleh dibeli secara terus dengan kadar RM1 untuk 1 unit. Lot unit pelaburan yang dicadangkan adalah daripada 10,000 unit bermakna RM10,000. Jadi, kalau ada modal RM10,000, terus dah boleh buka akaun pelaburan ASB. Kalau tiada modal sebanyak itu, anda boleh buat pinjaman. Pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank adalah bermula daripada RM10,000 mengikut kelayakan dan tempoh pinjaman yang dibekalkan. Setiap bank bumiputra ada menyediakan pinjaman ASB ini dengan syarat kadar faedah yang berbeza mengikut bank dan tempoh tahun pinjaman dibuat.

Kita ambil contoh tempoh 30 tahun dengan pinjaman RM20,000  mengikut kadar faedah semasa dimana maybank adalah sebanyak 4.55% dan 5.8% mengikut jenis akaun, RHB pula adalah 4.4% dan 4.0% juga mengikut jenis akaun pinjaman, CIMB pula sebanyak 4.05% sama dengan AffinBank, BSN 4.1% dan Ambank sebanyak 4.35%. Lihatlah, kadar faedahnya berbeza tetapi jumlah pinjaman adalah sama, ini kerana ianya dikawal oleh bank yang berbeza. Lain bank lain caranya dan lain pula kelebihannya.

Dividen. Dividen ataupun agihan adalah berdasarkan kadar pertumbuhan keuntungan tahunan pelaburan tersebut. Jika bank mendapat banyak untung pada tahun tersebut, maka dividen anda juga akan meningkat. Sebagai contoh, dividen tahunan ASB yang terbaharu yakni 2019, adalah sebanyak 5.5%. Walaupun 5.5%, tetapi ianya duit simpanan kita yang dikembangkan sendiri oleh pihak bank. Kat mana nak cari pelaburan dalam bentuk menyimpan macam ni? Hanya dengan melalui ASB, pendapatan pasif yang anda idamkan adalah terjamin dan selamat kerana pelaburan ini dilindungi oleh PIDM.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Kami dah bagi cara untuk simpan dimana wang anda untuk jangkamasa panjang. Selebihnya adalah bergantung kepada anda. Pelaburan berbentuk simpanan ini adalah sagat digalakkan untuk mengembangkan aset anda pada satu masa yang lama tanpa perlu membuat apa-apa. Fikir-fikirkanlah, daripada membazir kepada perkara yang tak sepatutnyaz apakata menyimpan sambik melabur?

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post: