free tracking




≡ Menu

Hukum Meraikan Valentine’s Day 14 February

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Valentine's Day Adalah Haram

HUKUM MERAIKAN VALENTINE’S DAY

PADA mulanya, ia dikenali sebagai Saint Valentine`s Day, namun akhirnya disingkatkan kepada Valentine`s Day sahaja. Di Sweden, ia dinamakan: Alla hjärtans dag (“Hari Semua Jantung (Hati)”), di Findland pula dinamakan: Ystävänpäivä (Hari Persahabatan), begitu juga ditempat-tempat lain yang diberikan nama berbeza, namun maksudnya sama: Menghargai kekasih.

 Di Malaysia, umum mengenalinya sebagai “Hari Kekasih”. Dan diraikan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Valentine`s Day merupakan satu peringatan tahunan yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun, bagi meraikan cinta. Hari ini mula dikenali setelah kematian beberapa pahlawan kristien yang bernama Saint Valentine, dan mula ditetapkan oleh Pope Gelasius pada tahun 496. Kemudian ia dibatalkan dari Kalender Umum Roman bagi Saint([1]) pada tahun 1969 oleh Pope Paul VI. Secara tradisinya, ia adalah hari pasangan kekasih meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadiahkan bunga, gula-gula atau coklat, dan menghantar kad ucapan yang dikenali sebagai (Valentines).

Pada zaman moden ini, Valentine`s Day diraikan dengan ditambah hadiah berbentuk jantung (love), ukiran merpati, dan budak lelaki bersayap (Cupid). Sejak abad ke-19, tulisan tangan Valentines telah tersebar dengan pesat diseluruh dunia.

Amat membimbangkan kini, perayaan Vaelentine`s Day bertambah tercemar di negara umat Islam apabila ia menjadi suatu adat dan merosakkan kebanyakkan pemuda-pemudi umat Islam. Pergaulan bebas yang akhirnya berakhir dikatil-katil cukup merisaukan.

Fakta Sejarah

RAMAI pahlawan kristien yang mati dinamakan Valentine. Perajurit Valentines yang diberi penghormatan pada 14 Februari ada dua orang. Valentine`s of Rome dan Valentine of Terni. Valentine`s of Rom adalah seorang paderi di Rom yang telah mati pada tahun 269, dan dibakar di Via Flamina. Barang peninggalannya terdapat di Church of Saint Praxed idi Rome, dan di Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Ireland.

Valentine`s of Terni pula mula menjadi seorang bishop di Interamna (Terni Moden) sekitar tahun 197 dan dikatakan mati atas penganiayaan Kerajaan Aurelian. Dia juga dibakar di Via Flaminia, tetapi di lokasi berbeza dari Valentine`s of Rome. Peninggalannya terdapat di The Basilica of Saint Valentine di Terni.

Ensiklopidia Katolik juga menyebutkan individu ketiga bagi gelaran Valentine yang didakwa mati pada 14 Februari. Dia mati di Afrika dengan beberapa pengikutnya yang lain. Namun dia tidak begitu dikenali.

Tiada unsur Romantis yang berlaku pada sejarah ketiga-tiga orang tersebut. Namun setelah beberapa lama, Saint Valentine telah menjadi sumber Romantis pada abad ke-14. Ia merupakan rekaan yang sengaja dibuat-buat.

Pada tahun 1969, the Roman Catholic Calendar of Saints berlaku perubahan. Perayaan Saint Valentine pada 14 Februari telah dibuang dari General Roman Calendar dan diturunkan kepada kalender khusus (tempatan ataupun kebangsaan) disebabkan alasan berikut:

“Memandangkan peringatan Saint Valentine adalah peringatan kuno, maka ia ditinggalkan kepada kalender khusus, berikutan bahagian dari namanya, tiada yang diketahui tentang Saint Valentine melainkan dia dibakar di Via Flamina pada 14 Februari”.

Lagenda

PELBAGAI cerita karut yang diceritakan dalam perayaan ini. Antaranya adalah seperti berikut:

(Pertama)

Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

(Kedua)

Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

(Ketiga) ([2])

Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

(Keempat)

Awal zaman pertengahan, Saint Valentine dikenali dalam Lagenda Aurea([3]). Mengikut versi tersebut, St Valentine telah disiksa kerana menganut Kristien. Dia diseksa oleh Kerajaan Roman, yang diketuai Claudius II. Cladius menggesa St Valentine menganut agama menyembah berhala Roman. Dia menggugut untuk membunuh St Valentine andainya dia ingkar. Namun, St Valentine menolak dan mencuba pula mengajak Claudius masuk agama Kristien. Disebabkan perkara tersebut, dia dihukum mati. Sebelum hukuman dijalankan, dia dilaporkan telah melakukan sebuah keajaiban dengan menyembuhkan budak perempuan yang berada di penjara.

Cerita tersebut, masih belum memasuki mana-mana sentimen cinta, oleh itu versi ini disulam supaya menarik. Dikatakan Valentine adalah seorang paderi yang menentang undang-undang Kerajaan Roman, Claudius II. Kerajaan memerintahkan pemuda-pemuda terus berada dalam keadaan bujang, tidak boleh berkahwin. Kerajaan melaksanakan undang-undang ini bagi memperbanyakkan bilangan tentera, dan mereka yakin bahawa tenntera yang berkahwin tidak mampu menjadi perajurit yang baik. Malangnya, Valentine telah melaksanakan upacara perkahwinan untuk pemuda-pemuda secara senyap. Apabila Claudius mendapat tahu, dia menangkap Valentine dan memenjarakannya.

Versi ini mengalami disulam lagi oleh American Greetings kepada History.com. Mereka menamakannya sebagai (The Golden Legend). Suatu petang, sebelum Valentine dihukum bunuh, dia telah menulis sekeping kad “Valentine” kepada gadis muda yang dicintainya([4]). Gadis itu adalah wanita buta yang dia sembuhkan, ataupun yang rapat dengannya ketika dipenjara([5]), ataupun kedua-duanya sekali. Valentine menulis: “From your Velentine”.  Ia merupakan kad Valentine yang pertama.

(Kelima)

Dalam lagenda Greek pula, Eros([6]) telah jatuh cinta kepada Psyche  di Gunung Helion. Kemudiannya, dibina sebuah kuil di gunung tersebut sebagai menghormati mereka berdua. Sebelum Psyche dilahirkan, Aphrodite, emak Eros telah memberi sumpahan kepada bapa Psyche`s  kerana merendah-rendahkan kecantikannya diseluruh Athens. Dia membiarkan anak perempuannya hidup tanpa cinta. Beberapa tahun kemudian, Eros mengembara dengan ikan lumba-lumba untuk memimpin dua bintang cinta bersilang, Pyramus dan Thisbe. Tiba-tiba ribut kilat telah menimpanya dan membawanya ke kaki gunug Helion. Pada paginya, Psyche telah  berjalan dipantai. Desiran langkah kaki Psyche telah membangunkan Eros, lantas Eros jatuh cinta kepadanya. Aphridite amat marah apabila mengetahui anaknya tidak melaksanakan sumpahnya, lantas dia menyuruh kekasihnya Ares menikam Psyche dengan tombak. 14 Februari adalah hari kematian Psyche, dan Eros berjanji tidak akan bercinta lagi, serta akan menyebarkan cinta keseluruh dunia.

Hanya Islam Agama Pilihan Allah

ALLAH Taala telah memilih Islam sebagai agama kita. Bahkan, Allah tidak akan sesekali menerima agama lain selainnya. Dengan itu, segala agama selain Islam di dunia ini adalah agama yang bathil, tidak benar. Mereka tidaklah mendekati Allah dengan melakukan amalan-amalan keagamaan mereka, bahkan perkara tersebut menambahkan lagi kesesatan yang berada dalam tubuh mereka. Allah Taala berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Maksudnya:

Sesungguhnya, agama (yang benar) disisi Allah hanyalah Islam.

[Ali Imran: 19]

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 Maksudnya:

Dan siapa yang memilih selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima (segala amalan) darinya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam golongan orang yang rugi (ahli Neraka).

[Ali Imran: 85]

Rasulullah ﷺ pula berkata:

وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

 Maksudnya:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Demi diri Muhammad ditanganNya, aku tidak pernah mendengar seorangpun dari umat ini seorangp Yahudi mahupun Kristien ang kemudian mati (dalam keadaan) tidak beriman dengan apa yang aku sampaikan dengannya, melainkan mereka dari kalangan penghuni Neraka.

[Direkodkan oleh Muslim]

 Rasulullah ﷺ juga pernah mengingatkan bahawa, umat Islam akan terikut-ikut dengan perangai, penampilan dan budaya orang kafir. Kata baginda:

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Kamu akan mengikuti jalan-jalan (tingkah laku) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pasir sekalipun, kamu akan memasukinya. Lantas kami (para sahabat) bertanya:

Adakah (mereka itu) orang Yahudi dan Kristien? Baginda menjawab: Siapa lagi (kalau bukan mereka)?

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Realiti kini yang berlaku adalah, kebanyakan negara umat Islam dikuatiri dengan budaya buruk barat yang membanjiri pemikiran muda-mudi umat Islam. Budaya musuh-musuh Islam ini telah menjadi kebiasaan, adat, dan cara hidup mereka.

Rentetan dari kesan pemodenan pemikiran tanpa had dan kouta, umat Islam semakin hilang identiti dan wajah asal mereka. Rupa Islam telah diburukkan dengan gelagat buruk sebelingan masyarakat, bunyi-bunyian yang merosakkan, gambar dan tayangan video yang menjijikkan. Inilah kesan internet yang amat meruncingkan.

Disaat-saat akhir ini, telah tersebar sebuah perayaan yang dinamakan: Valentine`s Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun. Ia merupakan perayaan orang Kristien yang ditiru dan diserap masuk oleh umat Islam yang jahil terhadap agamanya sendiri. Perayaan ini memberi kesan yang cukup banyak kepada imej dan peribadai umat Islam, lantas ia perlu diteliti.

Penampilan Valentine`s Day

VALENTINE`s Day mempunyai sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri inilah yang perlu diperhatikan supaya pengamatannya tidak terpesong dari hujah al-Quran dan as-Sunnah.

(1) Menampilkan perayaan yang gilang gemilang dan bersuka ria sepertimana perayaan yang lain juga.

(2) Bertukar-tukar bunga mawar merah. Ianya sebagai tanda cinta penyembah berhala Rom kepada tuhan mereka, juga sebagai tanda gelora cinta antara kekasih beragama kristien.

(3) Menghantar kad “Valentine” yang kebanyakannya mengandungi gambar Cupid, seorang budak lelaki bersayap yang memegang panah. Dia adalah tuhan cinta buat penganut agama sembahan patung Rom.

(4) Mengisi kad yang dihantar dengan kata-kata yang melalaikan. Dengan cara tulisan syair dan puisi yang pendek dan menawan. Sebahagian mengandungi gambar-gambar yang melucukan dan kata-kata yang menghairahkan. Kebanyakkan kad ditulis “Dari Valentine kamu” atau “From your Valentine”, ia membawa makna pengagunggan kecintaan keterlaluan terhadap manusia.

(5) Malam Valentine`s Day dijadikan malam berasmara buat pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin.

Mengapa umat Islam tidak boleh merayakan Valentine`s Day?

ISLAM adalah agama cinta dan kasih sayang. Namun, mengapa kita dilarang merayakan Valentine`s Day?

Jawapannya adalah seperti berikut:

(1) Perayaan dalam Islam adalah ibadah yang mendekatkan diri hamba kepada Allah Taala. Ia adalah syiar agama.

Umat Islam berbangga merayakan Aidilfitri kerana ia adalah hari umat Islam berjaya menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Umat Islam juga meresa gembira merayakan AidilAdha kerana meraikan orang yang beribadah Haji dan juga kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail yang amat menyentuh hati. Bahkan, hari Jumaat juga digelar sebagai hari raya, dan ia diraikan kerana hari itulah umat Islam berkumpul dan melakukan ibadat bersama-sama.

Sejak zaman Rasulullah ﷺ lagi, tidak wujud perayaan melainkan tiga hari raya yang telah disebutkan. Perayaan adalah ibadat “Tauqifiah”, tidak dilakukan jika tiada contoh dari Rasulullah ﷺ dan para sahabat. Makanya, perayaan Valentine`s Day dan perayaan lain yang tidak pernah wujud diaman Rasulullah ﷺ tidak boleh dilaksanakan.

(2) Perayaan Valentine`s Day adalah meniru budaya orang Kristien.

Umat Islam dilarang meniru budaya agama orang kafir. Oleh itu, bagaimana pula jika perkara yang dilakukan mereka itu adalah rekaan mereka sendiri? – Pastinya ia lebih haram dan dilarang.

Secara umumnya, meniru orang kafir – ahli kitab atau musyrik – adalah haram. Sama ada dari segi akidah, ibadah, peribadi atau cara hidup mereka ia tetap haram berdasarkan hujah dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak.

1- Al-Quran

Allah Taala berfirman:

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berpecah belah dan berselisih (dalam agama mereka) setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas (yang dibawa oleh utusan-utusan Allah), dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh aab seksa yang besar.

[Ali Imran: 105]

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah, serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka adalah orang fasik – derhaka.

[Al-Hadid: 16]

2- As-Sunnah

Rasulullah ﷺ berkata:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya:

Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah termasuk dalam kalangan mereka.

[Direkodkan oleh Abu Daud] ([7])

Syeikhul Islam Ibnu Taimiah berkata: Hadith ini menunjukkan keadaan minima yang menunjukkan pengharaman menyerupai orang kafir, walaupun zahir makna hadith ini menunjukkan kepada kafir apabila menyerupai orang kafir. ([8])

3- Ijmak (Sepakat Ulama)

Menurut Ibnu Taimiah, pada zaman para sahabat telah bersepakat pengharaman meniru perayaan-perayaan orang kafir. Ibnu Qayyim pula menyatakan bahawa ulama telah bersepakat pada perkara ini. ([9])

(3) Hubungan berlebihan antara lelaki dan wanita tanpa hubungan perkahwinan.

Lelaki Muslim tidak boleh mewujudkan sebarang hubungan intim dengan sebarang wanita Muslimah tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Orang yang menyambut Valentine`s Day menjadikan hari tersebut sebagai tanda cinta atas hubungan intim yang tidak diredhai dan tidak diizinkan.

Prinsip Umat Islam

SETELAH memahami sejarah, realiti, penampilan dan hujah syarak terhadap Valentine`s Day, umat Islam perlu menetapkan prinsip ([10]) mereka terhadap perayaan ini.

(1) Tidak merayakannya, atau menyertai orang yang merayakannya, atau menghadiri sebarang majlis-majlis Valentine`s Day.

(2) Tidak membantu sebarang usaha merayakannya, bahkan berusaha mencegah perayaan ini diadakan.

(3) Tidak menukar-nukar hadiah pada hari tersebut kerana ia bukanlah perayaan umat Islam.

(4) Berusaha menjelaskan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan anak buah terhadap keburukan dan pengharaman perayaan ini.

Disediakan oleh :

Syihabuddin Ahmad

Sahabat MANHAL PMRAM

Disemak oleh :

Felo MANHAL PMRAM

_________________________

Artikel ini diambil dari buku :

“Apa Erti Cinta” hasil tulisan

Ustaz Syihabudin Ahmad MY.


([1]) Saint: Orang yang dianggap suci dalam agama Kristien.

([2])Ruj. Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine`s Day, Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor. Buletin at-Taqwa, Jabatan Mufti Selangor, Bil.9, m/s: 12

([3])Ruj. Artikel “Legenda Aurea, “Saint Valentine”, catholic-forum.com.

([4]) Ruj. Artikel “The History of Valentine’s Day”. History.com.

([5])Ruj. Artikel “History of Valentine’s day”. TheHolidaySpot.com

([6]) Eros: Biasanya  digambarkan sebagai budak yang bersayap atau seorang lelaki kacak yang menunggang ikan lumba-lumba atau singa.

([7]) Komentar Hadith: Syeikh al-Albani berkata: Hasan Shahih

([8]) Ruj. Al-Iqtidha`: 1/314

([9]) Ruj. Ibid 1/454, Ahkam Ahlu Zimmah: 2/ 722-25

([10]) Ruj. Kajian Valentine`s Day: Kisah, Syiar dan Hukumnya. Ibrahim bin Muhammad Haiqal

Wallahu’alam….

Sumber: Manhal PMRAM

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment