free tracking




≡ Menu

Haid Tidak Teratur

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
haid tak teratur, masalah haid, tempoh haid, kitaran haid, jarak haid normal, darah haid, ciri darah haid, haid wanita, haid perempuan, pertama kali haid, haid yang pertama,

Sepatutnya cukup bulan dah datang haid, tapi tiba-tiba sahaja macam lambat ataupun sepatutnya haid datang pada waktu tertentu, tetapi tiba-tiba macam awal sangat pula. Jnilah masalah yang sering dilalui oleh para wanita. Tahukah anda apabila ini sering berlaku, ianya menandakan bahawa anda sedang mengalami gejala haid tidak teratur. Anda mungkin risau memikirkan tentang haid yang tidak lawas pada masa yang sama bermacam-macam spekulasi dibuat. Namun begitu, kawalan haid yang tidak teratur adalah berpunca daripada masalah anda sendiri. Ya, benar, puncanya datang daripada kita. Mari kita kupas sedikit sebanyak berkenaan masalah haid yang tidak teratur ini.

Yang pertama, sekiranya anda wanita yang sibuk dalam kerjaya harian, anda mungkin setiap hari menghadapi stress ditempat kerja. Tahu tak yang gangguan emosi seperti stress juga menjadi punca kepada aturan haid yang tidak terkawal? Jni kerana apabila anda stress, kelenjar pitituari tidak dapat merembes hormon dengan baik untuk dibekalkan kepada organ lain terutamanya organ dalaman wanita dalam mengawal atur haud dengan normal. Akibatnya, haid mungkin datang sedikit atau tidak mengikut waktu yang sepatutnya. Oleh itu, elakkan stress yang melampau. Lakukan senaman untuk mengawal stress ataupun cari punca yang boleh memberi anda ketenangan untuk menangani stress.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Yang kedua, haid yang tidak lawas pada usia muda boleh juga terjadi akibat daripada kekurangan nutrisi ataupun terlebih toksin di dalam badan. Ambil sahaja contoh jika anda mengalami madalah berat badan berlebihan, pertumbuhan lemak yang lebih banyak di dalam sistem peredaran badan bakal merencatkan perjalanan sel darah untuk membekalkan nutrisi kepada seluruh organ badan. Akibatnya, organ tidak mendapat nutrisi dengan lengkap lalu merencatkan pertumbuhan protein untuk membekalkan tenaga dalam rembesan hormon untuk disalurkan ke seluruh badan termasuklah hormon wanita. Berbeza pula kalau anda kekurangan berat badan, kurang berat badan juga menjadi punca haid tidak teratur kerana badan anda serba kekurangan nutrisi. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini anda perlu menukar gaya hidup kepada amalan yang lebih sihat seperti memakan makanan yang bernutrisi mengikut diet yang seimbang, melakukan senaman sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membakar lembak dan mengawal atur sistem sirkulasi agar dapat bekerja dengan baik dan juga mengambil makanan nutrisi tambahan khususnya yang berbentuk organik untuk memastikan kelangsungan nutrisi di dalam badan adalah stabil.

Bagi mereka yang hamil ataupun sedikit berusia, anda tidak perlu risau tentang masalah haid yang tidak terkawal ini kerana, kehamilan sememangnya merencatkan proses ovulasi baharu kerana persenyawaan telah berlaku dan kini anda sedang dalam keadaan paling subur apabila sedang hamil. Bagi wanita yang berusia pula, hormon sememangnya akan berkurangan apabila usia anda kian meningkat dan proses ini dipanggil menopos, jadi kalau haid kurang anda sudah dapat tentukan yang anda sedang menopos lalu lama-kelamaan anda tidak akan datang haid langsung berikutan pemprosesan hormin semakin berkurang dan anda tidak lagi subur untuk hamil. Ini semua adalah normal, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Akhir sekali, sekiranya anda risau tentang masalah dalaman yang anda alami, sebaiknya mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada pakar kesihatan wanita kerana ada juga maslaah haid yang tidak teratur ini berpunca daripada masalah dalaman seperti ketumbuhan yang mana memerlukan perawatan yang lebih rapi dan teliti untuk diubati. Walau bagaimanapun, tidak perlu khuatir kerana setiap penyakit mempunyai rawatan dan perubatan yang tertentu. Hanya perlu amalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ambil tahu akan permasalahan dalaman anda dengan lebih mendalam.

Ubat untuk haid tidak teratur boleh cuba Aprikot Seeds KLIK SINI

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment