free tracking




≡ Menu

Cintai Saudaramu Kerana Allah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Cinta Kerana Allah

Berikut antara sifat-sifat orang yang mencintai saudaranya kerana Allah:

– Mendoakan saudaranya

Ingatan yang tulus ikhlas itu tergambar dengan iringan doa kepada sahabatnya walaupun kita tidak berada bersama-samanya. Ganjaranya sangat besar untuk kedua- duanya.Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mendoakan saudaranya pada saat dia tidak bersama-samanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata: ‘Semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya.”’ (Riwayat Muslim)

– Mengunjungi

Disunatkan bagi kita mengunjungi saudara kita untuk bertanya khabar dan mengeratkan lagi hubungan silatuahim.Kunjung-mengunjung dengan hadir bersama buah tangan dapat menguatkan lagi rasa sayang dan menjadi tanda bahawa kita mengambil berat tentang dirinya.

– Memberi bantuan

Pertolongan dan bantuan segera dihulurkan kepada saudara kita yang memerlukan.Kita seharusnya sentiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudara Muslim yang lain dan berusaha menghilangkan segala kesusahannya.Kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh saudara kita itu dapat ditempuhi bersama.Kita akan berasa bahagia apabila saudara kita bahagia.

– Melakukan perkara yang disukai

Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam kitab al-Saghir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang menemui saudaranya yang Muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya pada hari kiamat.”

– Penampilan wajah berseri-seri

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Seorang Muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri dikira sebagai satu amal kebaikan.Diriwayatkan daripada Abu Zar, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah meremehkan kebaikan sedikitpun,walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri- seri.” (Riwayat Muslim)

– Memberikan hadiah

Memberi buah tangan atau hadiah kepada saudara kita sangat digalakkan.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “kalian harus saling memberi hadiah,maka kalian akan saling mencintai.” (Riwayat al-Bukhari)

Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang Muslim mengatakan kepada saudaranya: “Jazakallah khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.Al-Tarmizi meriwaytkan daripada Usamah bin Zaid,bahawaRasulullah s.a.w. bersabd yang bermaksud: “Sesiapa yang diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberikan kebaikan: ‘Jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) , maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.”

– Memberi maaf

Bermaaf-maafan antara saudara harus menjadi amalan semua umat Islam kerana ia akan memeliharakeharmonian sejagat.Kita juga tidak harus menyimpan rasa dendam kerana ia akan menimbulkan kebencian.Kebebcian akan membuatkan umat Islam berpecah belah. Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.Dengan memberi maaf.semoga kita juga akan dimaafkan.

– Menyimpan rahsia

Wajib menjaga rahsia seorang Muslim.Abu Daud dan al- Tarmizi meriwayatkan daripada Jabir, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan, kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah.” Amanah ini merupakan perkara yang amat berat untuk dijaga.

Wallahu’alam….
www.hafiz.com.my

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment