free tracking




≡ Menu

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber : Jakim

Wallahu’alam….

{ 37 comments… add one }
  • shirazy April 24, 2012, 10:34 pm

    aslmkm.
    bagaimana pula jika salah satu syarat sah atau rukun mandi wajib/ wudhu’ atau dalam ibadah-ibadah lain tidak dipenuhi secara tidak sengaja?
    cth: setelah selesai wudhu’/mandi wajib, baru perasan terdapat calitan liquid di tangan, walaupun sudah dipastikan sebelum berwudhu’ tiada najis atau bahan yg menghalang air rata keseluruh tubuh? (dalam konteks tidak sengaja).

  • Hasnul Hadi Ahmad April 25, 2012, 6:08 am

    Jikalau dipastikan sebelum berwudhu’ tiada najis atau bahan yang menghalang air rata, kemudian selepas solat atau berwudhu’ jelas padanya ada najis atau bahan yang menghalang air padanya, maka pada hal keadaan ini wajib keatasnya mengulangi wudhu’ atau solatnya kembali, kerana terbukti bahawa masih ada najis atau benda yang menghalang air wudhu’ itu rata, zhon (sangka) anda tersebut terbatal kerana anda telah mengetahui bahawa masih ada najis atau benda yang menghalangnya, samalah seperti mandi wajib tersebut. perkara ini ada dijelaskan didalam Qawaid Fiqh. Wallahu’alam….

  • ASAR June 5, 2012, 5:21 pm

    Salam..maaf sy nk bertanya detail ni..kwn sy ckp klu ppuan mandi wajib kene korek-korek tempat sulit tersebut hingga didapati tiada lg..betul ke smpi mcm tu skali?bukan itu dikategorikan sebagai batin seperti yang ustaz beritahu tentang membersihkan hidung ketika mandi wajib..maaf ustaz soalan sy ni terlalu sensetif sgt..terima kasih ustaz..

    • Hasnul Hadi Ahmad June 5, 2012, 6:50 pm

      cara penyucian hendaklah buang najis terlebih dahulu, Basuh tempat yang terkena najis itu dengan air hingga hilang sifat2 nya iaitu warnanya, baunya dan rasanya. Jika sekali basuhan telah dapat menghilangkannya, tidak perlu lagi diulangi basuhan. Jika tidak, wajib diulangi lagi basuhan termasuk dengan menggosok2 atau melakukan seumpamanya sehinggahlah ia suci. Setelah dibasuh berulang2 kali, namun warna najis masih tidak tanggal atau baunya masih tidak hilang, ketika itu dimaafkan.

      jika kita hendak mandi wajib perlukah kita mengorek2 lubang punggung, atau selepas buang air besar apabila hendak membasuhnya adakah kita perlu mengorek2 lubang punggung untuk menyucikannya, samalah seperti membasuh kemaluan (Wanita), Tidak perlulah macam tu sekali, melainkan membersihkan kotoran najis yang menempel di celahannya membasuh alat sulit itu sehigga tiada najis dan bau, jika masih ada lagi najis yang terlekat hendahlah menyucikannya hinggalah hilang, bagi SESETENGAH PEREMPUAN jika hanya dengan cara mengorek itu sahaja dia yakin bahawa najis itu hilang serta dengan cara itu tidak akan menimbulkan waswas dalam dirinya dan perbuatan tersebut tidak menjadi masalah, kesukaran atau mudarat bagi dirinya tidak mengapa melainkan jika cara itu boleh mendatangkan kemudaratan diri hendaklah ia tinggalkan.

  • hamba Allah July 14, 2012, 7:28 pm

    Hal mengenai mandi wajib tidak sah jika rambut diwarna adalah SALAH. Ini kerana dye rambut ada bermacam jenis, yg paling biasa dipakai ialah yg ‘permanent’, jenis ini meresap masuk rambut dan tidak menghalang air dari meresap rambut juga. Yng boleh menghalang air adalh dye yg jenis ‘temporary’ yg menyeluti rambut dan selalunya hilang lepas dicuci ataupun slpas beberapa bulan. Harap diminta fakta diselidiki sebelum membuat andaian tanpa bukti.

  • muhammadzulhilmi July 24, 2012, 10:33 pm

    Saya ingin tanya,selepas mandi wajib saya tidak perasaan yang ada kotoran pada bawah kuku (taik ). 20 mnit kemudian,saya mengambil wuduk dan perasan yang ad taik di bwah kuku kaki lalu sya membuangnya .adakah SAH mandi wajib saya..Beri penjelasan

    • Hasnul Hadi Ahmad July 27, 2012, 9:27 am

      Jikalau dipastikan bahan adanya najis atau bahan yang menghalang air rata pada anggota badan, maka pada hal keadaan ini wajib keatasnya mengulangi mandi wajibnya kembali (Mandi Wajib tidak sempurna), kerana terbukti bahawa masih ada najis atau benda yang menghalang air itu rata ke anggota badan. Wallahu’alam….

  • mohd fakhri August 3, 2012, 11:29 am

    Assalamualaikum..saya ingin bertanya..apakah perlu berlapik sewaktu menggosok tempat2 sulit semasa mandi wajib dengan tujuan untuk meratakan air ke seluruh badan?

    • Hasnul Hadi Ahmad August 5, 2012, 12:05 am

      W’salam…Tidak perlu berlapik….dan tidak salah untuk melakukannya, apa yang penting semasa melaksanakan mandi wajib adalah air dapat sampai ke seluruh anggota badan.

  • mohamad hafiz November 10, 2012, 2:41 am

    Bagaimana??Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.>>KENA NIAT SERENTAK KE??XPAHAM

    • Hasnul Hadi Ahmad November 11, 2012, 5:41 pm

      Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

  • hamba allah December 16, 2012, 3:08 pm

    Assalamualaikum setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.adakah benar uztaz?

    • hamba allah December 16, 2012, 3:17 pm

      ye ustaz mcmmane tu ustaz??

    • Hasnul Hadi Ahmad December 26, 2012, 4:44 pm

      Mengambil wuduk sebelum mandi wajib termasuk didalam perkara2 sunat, jika tidak mengambilnya tidak mengapa, cuma kurang dari segi pahala sunat….

  • sitinoorma December 27, 2012, 6:21 pm

    Thanks

  • muhd syafiq July 8, 2013, 5:38 pm

    salam. sebelom mandi wajib. kene ke ambil wudhuk dulu.? terime kasih

    • Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013, 10:20 am

      W’salam, mengambil wudhuk adalah perbuatan sunat sebelum mandi wajib….

  • aziz July 10, 2013, 7:41 am

    assalamualaikum..
    ade kekliruan cikit..kalau mandi wajib di siang hari bulan puasa camne ye??
    maksud saye ,perlu ke kita memasukkan air ke dalam rongga2 hidung dan telinga tu atau hanya sekadar membasuh pada bahagian luaran sahaja??
    ..kalau boleh saya nk perincian yg mendalam ckit..terima kasih

    • Hasnul Hadi Ahmad July 10, 2013, 10:00 am

      W’salam…. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir sahaja bukan yang batin, tidak perlu memasukkan air ke dalam rongga-rongga seperti dalam lubang hidung atau dalam lubang telinga melainkan yang zahir sahaja iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

  • aziz July 11, 2013, 12:52 pm

    alhamdulillah…terima kasih banyak2.

  • insyaff July 25, 2013, 3:52 am

    jika berzina ( tidak bersuami istri ) / ( belum halal )
    apa boleh melakukan ibadah puasa ???
    apa di terima berpuasa di bulan rhamadhan nya ???

    • Hasnul Hadi Ahmad July 25, 2013, 5:01 pm

      Berzina hukumnya haram dan dosa besar didalam Hukum Islam penzina yang belum berkahwin dikenakan sebat 100 rotan. Zina adalah dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain, berzina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana tidak menghormati bulan Ramadhan. Mengenai Ibadah Puasa pula, hukum berzina disiang ramadhan batal puasa, wajib mengqadha puasa dan wajib dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali lelaki dan perempuan.

  • hamba allah September 5, 2013, 7:34 pm

    Salam.. adakah benar rakan-rakan saya berkata kita wajib duduk mencakung semasa mandi wajib?kerana mereka berkata jika kita berdiri air yang dijirus akan memercik semula ke badan kita.. terima kasih..

  • yana October 8, 2013, 10:56 pm

    salam,saya mahu btanya,sebelum datang haid,sy ad mlakukan hubungan intim,perlu kah sy mandi wajib dan hadas datang bulan?

  • Ain December 27, 2013, 2:56 pm

    Assalammualiakum….sy ingin btye serba sdikit soal mandi wajib.bleh ke klau kte mndi biase dlu,slpas itu bru mndi wajib

  • hamba allah May 5, 2014, 4:48 pm

    Assalamualaikum…sy nk tanya mcm mana cara mandi wajib yg betul2 sah..(mandi wajid selepas haid dan mandi wajib selepas bersama suami)..kalau kita sudah bersama suami, adakah boleh kita terus mandi wajib?ataukene tnggu dlu..
    terima kasih,Hasnul Hadi Ahmad

  • Azri November 2, 2014, 11:54 am

    Saya ragu ragu dan inginkan kepastian dari soalan saya ini.Bagaimanakah cara mandi hadas untuk orng yang berzina(belum berkahwin) adakah perlu melakukan mandi hadas seperti mandi setelah bersetubuh dengan isteri..

  • Sheila December 6, 2014, 12:53 pm

    Assalamuallaikum. Boleh kah kita beribadat jikalau belum mandi wajib? Jikalau perempuan keluar sejenis air yang berlendir kekuningan, adakah kita harus mandi wajib? Walaupun tidak bersetubuh?

  • noreena June 16, 2015, 3:52 pm

    salam .. sy nk tny klu kuku berwarna tu mndi wajib / wuduk tu sah x erk ..mcm rmbt straighten tu klu mndi wajib sah x???

  • Sya'ban June 22, 2015, 7:43 pm

    Assalamu’alaikum. Kalau upil tidak bersih ketika mandi wajib apakah sah mandinya?

  • Amirul syafiq September 6, 2015, 6:48 pm

    Assalamualaikum…klu air mani keluar sampai 3 lgi tpi terlupa mandi wajib..esoknya bru mandi wajib 1 lgi saja..

  • Naz December 28, 2015, 12:45 pm

    adakah sah mandi wajib seseorang itu jika mempunyai luka yang kecil sahaja seperti kulit yang tercalar sehingga keluar darah. adakah sah mandi wajib seseorang itu jika luka itu kering.

  • Ummi February 22, 2016, 10:57 pm

    assalam ustaz..mcm mna kalau kita dah mandi wajib..lepastu kita dh solat..habis solat baru perasan ada liquid pen tu dekat tangan. .sah ke tidak mandi wajib saya tu?
    Mohon pencerahan.

  • hamba Allah March 8, 2016, 11:40 pm

    apakah hukum mndi wajib jika selepas mandi wajib selesai masih ade bau bawang atau sebagainya ditanggan saya?

  • Lapak Kosmetik April 5, 2016, 3:11 am

    Assalamuallaikum.
    Saya pernah dengar dalam suatu mimbar pengajian umum yang membahas tentang Mandi Wajib ( Junub ). Waktu itu saya dengar dari kejahuan, jadinya agak samar2 saya mendengarnya. Yang saya mau tanyakan Apa boleh Mandi Wajib ini kita lakukan dengan cara sebagian, maksudnya kita basuh sebagain anggota badan kita, nanti setelahnya kita basuh lagi di lain waktu. Mohon jawabanNya

  • Dani January 26, 2017, 4:30 am

    Gimana dg kuku?jika sela sela kuku dikaki kita ada kotoran hitam tak bersih..apakah harus dibersihkan?ini yg sangat membingungkan saya

  • Muhammad. Mohd Yunos October 6, 2022, 11:41 pm

    As Salam. Soalan saya, jikalau di salah satu bahagian tubuh, contohnya dilengan, ada peralatan yang telah dilekatkan pada kulit bertujuan untuk mengawal bacaan gula didalam badan, bagaimana pula saranan dan nasihat, terima kaseh. Wassalamu.

Cancel reply

Leave a Comment