free tracking




≡ Menu

Cara Kira Zakat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pembayaran Zakat

Didalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman, yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ” (Surah Al-Baqarah : 3)

Dalil Menunjukkan kewajipan Zakat

Firman Allah s.w.t yang bermasud: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” Surah al-Baqarah (ayat 267)

Ayat diatas Allah Ta’ala menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Rasulullah s.a.w bersamda yang bermaksud: “Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

Syarat-syarat Wajib Zakat

1. Islam.

2. Merdeka.

3. Sempurna Milik.

4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.

Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha’ menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5. Cukup Nisab.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.

6. Cukup Haul.

Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

Dibawah ini menunjukan cara pengiraan zakat yang disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat Pusat Zakat, kalkulator Zakat ini berfungsi untuk kiraan zakat. Terdapat 7 jenis kalkulator zakat iaitu :

Kaedah Pertama

Nota : Jangan Gunakan Koma(,) Untuk Nilai RM.

Contoh : RM 5000 hendaklah ditaip sebagai 5000 bukan 5,000

A. Sumber Pendapatan SEBULAN Gaji Pokok

Elaun (RM) Lain-lain (RM) Jumlah Gaji Sebulan (RM)

B. Nisab

Dapatkan Kadar Nisab Zakat terkini daripada Pusat Zakat

C. Bahagian Pengiraan

Sila Tekan Butang “Kira Zakat”

D. JUMLAH

Gaji Kasar Setahun (RM) Zakat yang Wajib Dibayar (RM)

E. Pengesahan

Sila dapatkan pengesahan Taksiran Zakat daripada Pusat Zakat.

***Untuk maklumat lanjut sila berhubung Pusat Zakat Negeri masing-masing.***

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

{ 6 comments… add one }
  • KertasPaper May 22, 2013, 9:43 pm

    perkongsian yang bagus, boleh di cuba cari kira zakat nie

  • tipsonlines May 23, 2013, 8:31 pm

    ramai yang tidak tahu tentang pengiraan zakat nie, perkongsian yang bagus.

  • Bedak Arab May 27, 2013, 4:54 am

    Perkongsian yang sangat bagus boleh di cuba thanks, :)

  • hairloss June 19, 2013, 12:23 am

    Perkongsian yang sangat bagus, ramai yang tidak pandai dalam membuat pengiraan zakat, tambah-tambahan lagi dalam masalah pengiraan farad

  • Rina July 6, 2013, 8:38 am

    bagi yang sudah wajib zakat perlu memahami dan mengerti perhitungan zakat dengan baik nie..
    terima kasih sharingnya, izin bookmark :)

Leave a Comment