Save on your hotel - hotelscombined.com

≡ Menu

Bekam Darah – Alternatif Rawatan Tradisional

- Pakaian Kanak-kanak yang cantik dan murah !!
  • Bantu palestin dengan doa sedikit sumbangan ==>> KLIK SINI
cara bekam, bekam api,

Perawatan bekam yang merupakan sunnah bagi umat Islam adalah sangat popular di seluruh dunia. Selain daripada ianya membantu mencegah 1001 penyakit, berbekam juga boleh memberi kesihatan mentak yang baik kepada pengamalnya. Berbekam sudah lama diperkenalkan sejak daripada zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ianya merupakan perawatan semulajadi untuk membuang darah kotor dari dalam badan dan mengembalikan keseimbangan pereadaran darah dalam badan.

Sepertimana perawatan lain, berbekam memberi kesan sampingan yang sangat baik kepada badan. Namun begitu, ianya juga boleh menimbulkan komplikasi yang tidak baik sekiranya diamalkan dengan cara yang tidak betul. Kepada mereka yang berminat dengan perawatan bekam, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat daripada perawat yang mengamalkan rawatan bekam.

Secara umumnya, wanita hamil, wanita dalam haid, orang tua uzur, penghidap kanser tahap tinggi, pesakit kulit & individu yang mempunyai masalah darah rendah tidak digalakkan untuk berbekam kerana ianya boleh mempengaruhi kesihatan pesakit tersebut.

Terdapat banyak kaedah berbekam seperti bekam kering, bekam basah atau dikenali sebagai bekam darah & juga bekam api. Kesemuanya kaedah ini adalah mempunyai 1 matlamat utama iaitu membuang darah yang tinggi kandungan toksin di dalam badan Cuma kaedahnya berbeza. Berbekam boleh membaiki tisu-tisu badan & otot-otot yang mana ianya boleh mengurangkan sakit sendi, sakit pada bahagian tulang & juga lelah. Terapi bekam yang mana semuanya mengamalkan kaedah sedutan melalui cawan yang khas dicipta untuk bekam, adalah selamat & bersih sekiranya diamalkan dengan cara yang betul.

Kebiasaannya, sebelum kaedah penyedutan dijalankan, kulit pesakit akan dikikis sedikit menggunakan pisau atau dicucuk dengan jarum yang bersih dicuci menggunakan ejen anti kuman agar kulit tidak dijangkiti oleh bakteria. Kaedah berbekam akan mengambil masa dari 3 sehingga 5 minit sahaja & sedutan dilakukan sebanyak 7 kali. Kaedah ini tidak boleh melebihi waktu & sedutan yang telah ditetapkan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan masalah lain sekiranya tidak dilakukan sengan teratur.

Darah yang mengandungi toksin yang tinggi dikenalpasti daripada warnanya yang merah gelap & berbuih. Individu yang berbekam dinasihatkan agar tidak mandi selepas 3 jam berbekam untuk memberi ruang kepada kulit agar rongga yang terbuka tertutup kembali. Selain daripada merawat penyakit, ada juga yang mengamalkan bekam untuk tujuan memberi kesegaran kepada tubuh terutamanya individu yang bekerja.

Ianya merupakan amalan yang sihat untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bagi wanita pula, berbekam boleh mengurangkan masalah sakit senggugut. Darah kotor yang terkumpul di dalam permukaan kulit akan menyebabkan badan terasa lemah & dengan berbekam ianya akan mengembalikan keseimbangan peredaran darah & mengurangkan darah kotor di dalam badan.

Secara ringkasnya, selain ianya sunnah kepada umat Islam. Rawatan bekam diamalkan oleh ramai perawat samada moden mahupun tradisional. Ianya merupakan perawatan yang mudah & memberi kesan yang baik kepada tubuh pesakit. Namun begitu, maaih ada yang mempunyai persepsi yang tidak baik mengenai rawatan bekam yang oada anggapan mereka ianya tidak berkesan & hanya memberi kesakitan kepada pesakit. Ini sama sekali tidak benar, bekam sudah terbukti baik dari segi kajian mahupun teori & ia sememangnya memberi manfaat yang baik kepada pengamalnya.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.