free tracking




≡ Menu

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

ketika haid, hukum berjimak ketika haidPengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad

Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

{ 51 comments… add one }
  • nurmisnan March 2, 2012, 12:12 pm

    Sangat2 bahaya.. memang benar apa yang telah hadis Rasulullah sampaikan. Cubalah bertahan.. tidak lama pun.. Tak mati tak..

    Nice sharing here brother..

    • Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012, 2:27 am

      Islam adalah agama yg amat sempurna, tiada agama lain yg dapat menandinginya…

    • cahayapetunjuk June 18, 2012, 12:49 pm

      tapi,,,bolehkan perempuan itu akan dijangkiti HIV walaupun dia pernah bersetubuh sekali sahaja ketika datang haid,,tetapi suaminya tidak memancutkan air mani ke arahnya?-cuba ingin tahu-

      • Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013, 10:27 am

        Untuk kepastian sila berjumpa doktor, itu yang lebih baik….

      • Azrina April 9, 2018, 11:18 pm

        Sda dpt Jawpan. Sy pun nak tahu

      • Azrina April 9, 2018, 11:18 pm

        Sda dpt Jawpan. Sy pun nak tahu

  • Alam Informasi March 2, 2012, 8:37 pm

    memang segala yang Allah tetapkan ada pro dan kontra..kita sebagai hamba sepatutnya mengikut apa yang telah ditetapkan…Semgoga kita diberikan hidayah dalam kehidupan…:)

  • Denaihati March 2, 2012, 9:31 pm

    perkara yg diharamkan, mesti memudaratkan jika dilanggar laranganNya.

  • Suhe April 26, 2012, 7:22 pm

    I’m not a muslism but i’m a person who respects races and their believes . I do like what Islam says , Drinking alcohol , smoking makes you die easier so why you have to do so. Btw thanks for the info.. Will be useful for me

  • tips onlines June 24, 2012, 1:48 pm

    apa yang baik nya kita hendaklah ikut hukum syarak, dangan tidak melakukan Melakukan Hubungan badan Ketika Haid, semuanya ada hikmahnya…

  • Dunia Maklumat June 24, 2012, 5:01 pm

    membuat hubungan kelamin ketika haid mempunyai banyak risiko,
    jauhilah perkara yang membawa byk keburukan..

  • tlong jawab October 16, 2012, 12:00 pm

    tapi,,,bolehkan perempuan itu akan dijangkiti HIV walaupun dia pernah bersetubuh sekali sahaja ketika datang haid,,tetapi suaminya tidak memancutkan air mani ke arahnya?-cuba ingin tahu-

    • Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013, 10:25 am

      Untuk maklumat lanjut sila berjumpa doktor, itu yang lebih baik….

  • husaini November 11, 2012, 11:30 pm

    bila datang haid,jikalau seseorg itu bersetubuh dan memancutkn air mani kedalam faraj,perempuan itu boleh mengandung ke tidak?

    • Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013, 10:43 am

      Perbuatan bersetubuh ketika haid adalah satu perbuatan yang sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam wajib keatas diri kita meninggalkan perbuatan tersebut.

      Jika bersetubuh dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Mengenai pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

      Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik….

  • stefnuja wongpoky December 11, 2012, 4:22 pm

    Adakah hubungan ketika haid membawa masalah kepada seorang perempuan?
    Memang benar..
    Namun ramai ‘doktor’ telah mengkaji masalah ini,walaubagaimanapun terdapat satu soalan yang ingin saya tanya kepada orang ramai!
    Adakah terdapat ubat yang dapat mengubati masalah ini jika seorang perempuan terkena sebarang penyakit yang mungkin lebih bahaya jika melakukan seks ketika haid dengan pasangan mereka?

  • Travel-Zoom January 26, 2013, 1:40 pm

    Semoga kita mengambil istifadah dari cerita ini…

  • mimi July 3, 2013, 7:22 pm

    jika telah bersetubuh dalam sekali dengan lelaki ketika haid,,apa akan terjadi?

    • Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013, 10:53 am

      Akan mendapat dosa, kerana perbuatan itu sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam wajib keatas diri kita meninggalkan perbuatan tersebut. Semoga Allah menerima taubat diatas perbuatan yang telah dilakukan.

      Mengenai kesihatan, perbuatan tersebut boleh berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

      Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik….

  • mimi July 3, 2013, 7:23 pm

    boleh bgi comment sedikit?

  • MindaKini July 5, 2013, 5:33 pm

    hati-hati bagi pasangan dah berkahwain hindari bersebadan ketika isteri haid

  • Akim July 19, 2013, 12:29 pm

    Bolehkah seorang perempuan itu hamil apabila melakukan seks oral pada hari pertama period?

    • HasnulHadiAhmad July 28, 2013, 5:46 pm

      Oral Sex atau dalam kata lainnya bermaksud seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami dan seumpamanya.

      Seorang perempuan itu hamil jika berlakunya persetubuhan atau seks “memasukkan atau menusukkan zakar kedalam faraj” sehingga terpancutnya air mani ke dalam faraj isteri. Atau dilakukan dengan memasukkan sperma suami ke dalam rahim isteri melalui suntikan secara langsung.

      Bersetubuh ketika haid adalah satu perbuatan yang sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam hendaklah menjauhi perkara tersebut.

      Jika dilihat dari ilmu perubatan, wanita yang datang haid tubuhnya mengeluarkan sel telur yang tidak subur (Haid) selepas itu lapisan tubuhnya bersedia untuk sel telur yang baru dan subur. justeru agak sukar untuk hamil ketika ini. Jika bersetubuh dilakukan ketika haid berkurangan pula, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Semua ini adalah kuasa Allah, mungkin bagi kita mustahil, tapi bagiNya perkara itu tidak mustahil, jika Allah berkehendak sesuatu terjadi, maka terjadilah. Walaupun begitu bukanlah menghalalkan hubungan seks ketika haid, ia haram dalam Islam.

      Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik…

  • kuliahtube July 24, 2013, 7:34 pm

    Salam 2 all..jom layan kuliah agama di http://www.kuliahtube.com
    Tolong sebarkan.

  • produk2u July 26, 2013, 12:44 pm

    Semoga kita di jauhkan dari perkara ini…

  • Nina6 November 21, 2013, 5:54 pm

    Tidak thu begitu keji sekali tp telah lakukan sekali sahaja..cara utk menebus dosa itu bagaimana?

    • Hello from the other side April 14, 2016, 4:18 am

      Dalam Islam, perkara yang kita buat tanpa pengetahuan (tentang hukum) dianggap tidak berdosa dan dimaafkan. Kalau dah tahu tapi masih lakukan, itu baru berdosa dan perlu bertaubat. Wallahua’lam.

  • Merah January 12, 2014, 9:12 pm

    Isteri Saya telah habis haid Dan yakin darah tidak keluar..die pun mandi wajib Dan kami solat berjemaah bersama..pada malam Nya kami bersama ketika iTu Saya perasan Ada darah lagi..adakah berisiko untuk mendapat penyakit?

  • naziffah ganu December 19, 2014, 8:44 pm

    kalau woman tu haid tanpa she husband tahu apa macam boleh buat ye…

  • Bersabar July 10, 2015, 12:10 am

    Apakah ubatnya ?

    • aisya July 21, 2015, 7:15 pm

      cuba ingin tahu..saya bersetubuh dengan suami saya dalam keadaan haid..selepas itu darah tidak lg keluar..kenapakah?

  • Insan kerisauan October 24, 2015, 11:25 am

    Sy dan suami baru berkahwin, kami bersama mlm pertama tapi sampai hari ketiga dan keempat sy still berdarah dan masih bersama suami ,sy keliru antara darah dara dgn haid sbb haid sy xmnenetu sy ingat yg berdarah tu mungkin dari luka pecah dara. Lepas bertanyakan dengan org berpengalaman kebanyakan cakap darah dara paling lama dua hari jadi darah yg keluar tu darah haid.masalah saya sekarang sepanjang saya berdarah saya bersetubuh dgn suami dan setiap kali bersama suami lepas mani kat dalam,saya risau adakah mudah untuk saya dan suami terdedah dengan jangkitan penyakit2 kelamin walaupun baru 3 4 kali bersama semasa haid pertama saya selepas kahwin?

  • Hainah October 28, 2015, 7:27 pm

    Askm sya sekadar brtnya apakah penyakit yg menimpah seorg wanita ketika melakukan seks ketika dtg haid terimakasih

  • Syaf December 28, 2015, 3:48 am

    My Friend Ask me .. Kalau Dia Seks Dengan perempuan yang Mengalami Haid hanya sekali sahaja .. Adakah Risikonya juga Tinggi ? Minta Pencerahan

  • imeyka January 19, 2016, 10:00 am

    saya penah terdengar kalau suami meminta kte harus larh memberi,dan sekirenye suami melepaskan air mani ke hormon isteri ketika haid,adakah efect mengandung lagi cepat dari melakukan time suci diri???

  • s May 18, 2016, 1:50 am

    asslmualaikum,sya nk tumpang tnya….ketika sya n suami sya hubungan sexy….tp sya xsdr bhwa sya dtg bulan ketika sya n suami buat hubungn sexy … .adakah bhya jugak,??

  • s May 18, 2016, 1:55 am

    tetapi suami sya tdak pacut air mani dia di dlm kmaluan sya

  • Aishah January 7, 2017, 5:49 pm

    salam saya nak tanye , boleh jadi ape ape penyakit ke kalau kita cuma usik kemaluan atau gosok kemaluan di bantal ketika haid ?

  • Unknown February 18, 2017, 6:26 pm

    jika melakukan hubungan seks tetapi tidak pancut dalam faraj adakah ia berbahaya juga?

  • Noridah March 6, 2017, 12:36 pm

    boleh bg email , saya nak tnya msalah secara peribadi

  • Norafiqah zafirah October 3, 2017, 12:20 am

    Macam mna klo sedang bersetubuh sebelum haid itu kluar? Selepas bersetubuh baru ada haid? Mcm mana?

    • Norafiqah zafirah October 3, 2017, 12:23 am

      Maksud nya ada sedikit lendir bercoklat yg cair?

  • nana February 10, 2019, 11:19 am

    bolehkah hamil jika sedang melakukan persetubuhan saat datang haid walaupun tak pancut air mani ke dalam?

  • Siti Hakimah Othman March 9, 2020, 8:30 am

    Salam..boleh rujuk bhgian mufti wilayah Persekutuan
    Antaranya jika dilakukan sengaja atau tidak sengaja menurut pandangan imam Nawawi cukup sekadar bertaubat kepada Allah tanpa perlu kafarah atau denda
    Namun sesetengah ulamak mnjdikn sunat untuk membayar Kaffarah jika sengaja melakukannya iaitu satu dinar lbih kurang rm 160 jika melakukannya pd awal haid dan separuh dinar jika di akhir haid,WallahuA’lam

  • amierraa November 10, 2023, 7:19 am

    Hi doktor , saya sudah period hampir 11 hari dan kadang2 period saya tak subur .. saya sudah mandi wajib sehari selepas period saya dh habis .. saya bersama dngn suami saya pada malam tu kemudian saya mendapati masih ada darah period .. adakah ia berisiko untuk dijangkiti kuman ? suami saya perlu check di mana mana klinik ke ? atau dapatkan ubat .. boleh dpt kepastian ke doktor

Cancel reply

Leave a Comment