free tracking




≡ Menu

Akibat Berzina

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.

Wallahu’alam….

{ 26 comments… add one }
  • siti habibah rasidi January 17, 2012, 10:31 pm

    meng kondemn maksiat zina adalah amt terpuji tetapi ada satu amalan lain yang insha Allah lebih mulia
    iaitu bagaimana untuk menukarkan sesuatu maksiat menjadi amal ibadah yang amat tinggi nilainya di sisi
    Allah swt

    salah satu punca zina ialah apabila lelaki dan wanita tersebut tidak dapat mengawal hawa nafsu lalu hanyut di alam nikmat seksual yang sementara.

    oleh itu, permudahkanlah lelaki dan wanita yang sudah saling cinta mencintai untuk mengikat tali pernikahan.

    bukan sahaja mereka dapat menyelamatkan diri mereka dari dosa zina, malahan mereka mendapat rahmat yang tidak terhingga dari Allah swt.

    di samping mendapat keberkatan mengikut sunnah nabi muhammad saw, rasul yang mulia, penyelamat kita dunia dan akhirat.

    • Hasnul Hadi Ahmad January 17, 2012, 11:52 pm

      Terima kasih diats komen2 yg brmanfaat dan selamat berkongsi ilmu….

  • kedai sopan February 7, 2012, 1:50 am

    antara sebab mengapa ramai berkhalwat dan kemudian berzina, bersekedudukan dsbnya adalah kerna tiada tanggungjawab yg perlu dipikul… mengalakkan perkahwinan dgn memudahkan adalah bagus, terlebih bagus jika berkahwin dgn ilmu tentang perkahwinan, dan alam berumah tangga.. WALlahu’alam

    • Saya June 28, 2015, 8:23 pm

      Org yg ske berzina ini tidak akan menghargai sesebuah pekahwinan..lg bgus kalu penzina tidak berkahwin krana die boleh menyebrkn pnyakitnya kpada istri Dan ank2 n mnzalimi pasangannye.

  • Tips Online June 24, 2012, 5:06 pm

    berzina boleh boleh meroskan nasab kita, jauhilah apa jua benda2 mendekatkan kita dgn zina, semoga nasab keturunan kita terjaga..

  • Mahluk berdosa July 24, 2012, 12:36 pm

    Mau tanya.
    Sulid.nya ilmu yg msuk apa juga sebab dr pezina.?

  • joe October 30, 2012, 4:07 am

    salam..
    kalau negara malaysia dprnth oleh ulama’..
    dan mnjalankn hukuman Allah ke atas pelaku maksiat..
    insyAllah..akan kurangnye plaku maksiat sprti zina dn sbngainye..
    Allahu Rabbi…

  • saya nak taubat March 11, 2013, 12:09 pm

    adakah wajib bagi penzina menikahi gadis yang bersamanya jika masing2 blum berkahwin…

  • Sepatu Murah March 20, 2013, 1:22 pm

    apakah orang yang berzina tidak diampuni tobatnya sebelum melaksanakan hukum cambuk atau rajam?

  • fify tsy May 2, 2013, 8:30 am

    HUKUMAN ZINA yg ke 2.
    Apakah anak dari hasil zina juga tidak boleh mengasihi dan memintakan ampunan kepada allah untuk ke2 orang tua nya tersebut? (Anak berdo’a supaya kedua ayah dan ibunya / pezina di ampuni dosanya ).

    • Hasnul Hadi Ahmad May 2, 2013, 9:03 am

      Islam amat menganjurkan umatnya mengasihi sesama manusia, lebih2 lagi kepada ibubapa wajib kita menghormatinya dalam apa jua keadaannya, dan menjadi tuntutan dalam Islam memohon ampun diatas dosa kita dan kedua ibubapa diampunkan segala dosa2nya, itu menjadi kewajipan kepada anak2 yang soleh dan solehah, moga2 mendapat keampunan darinya….Berdoalah:

      رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
      “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang Mukmin pada hari terjadinya hari hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim ayat 41).

      اللَّهُمَّ اغْفِرْلَناَ ذُنُوبَناَ وَلِوَالِدِيْناَ وَارْحَمْهُم كَمَارَبَيَانَا صِغَاراً وَلِجَمِعِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ، يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِينَ.

      “Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kedua – dua ibubapa kami. Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Rahmatilah dengan Rahmatmu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

      Wallahu’alam….

  • fify tsy May 3, 2013, 12:41 am

    Trimksih atas pemberitahuan nya :)

  • Muq Minun May 8, 2013, 12:05 am

    Terima kasih diatas info berkenaan..mohon share. :-)

  • Toko Sepatu Online May 15, 2013, 6:35 pm

    setuju …

  • campsepatu June 24, 2013, 8:00 pm

    makasih banget atas infonya sob, ini sangat bermanfaat sekali artikelnya

  • MindaKini July 17, 2013, 11:59 am

    Ya Alah Jauh kan kami dan keturunan kami darpada berzina…

  • RAI September 22, 2013, 11:26 am

    assalam….saya nak Tanya pendapat…adik sepupu saya dah disahkan hamil anak luar nikah …bila keluarga dapat tahu…mereka menyuruh gugurkan anak tu..sedangkan mereka ingin bernikah…apakah hukum menggugukan anak tu?dan apa hukumnya sekiranya mereka bernikah juga dan dikatakan anak derhaka kerana menikah?

  • sepatu nike January 7, 2014, 11:32 pm

    Sepatu Murah
    apakah orang yang berzina tidak diampuni tobatnya sebelum melaksanakan hukum cambuk atau rajam?

  • Ariel Williams July 4, 2014, 4:45 am

    Astagfirullah. Naudzubillahimindzaalik

  • Forsaken Arctron May 30, 2015, 11:19 pm

    Ini lah balasan buat penzina di luar sana.

  • si pejalan October 29, 2015, 2:37 am

    Sy akui ingin betaubat dr zina.. ttp trse bgitu kuad dose n pngaruhnye di dlm hdp. SY mseh belaja. DN tlh tlibat dgn zira hampir 2 thun. Hdup trse kucar kacir dan mnggu mse atau ptunjuk ‘sejati’ ntok betaubat.adakala trse prlukah ‘berkahwin’ ntok mngrlakkn zina berulang?. Mlgnye ibu bapa mghlg hubungan kami. Sy buntu. Ingin kmbali kpd diri sy yg lme… sy jga bsllah mgheret kksih yg tdk pnh tlibat dgn zina lantarn sifat ingin tahu sy terhdp se*s .. :( apakah yg plu sy buat… buntu.

  • trensepatuterbaru April 19, 2016, 12:55 pm

    memnag perbuatan zina itu sangat merugi.entaah apa yang difikirkan mereka ketika melakukan zina itu kan zina suatu perbuatan yaang dilarang oleh agama

  • dian November 6, 2016, 2:39 pm

    apakah boleh seorang wanita meminta cerai karena suami telah berhianat menikah siri dengan wanita lain dan mempunyai anak

  • Bang Uddin December 5, 2016, 11:57 am

    ijin nyimak dulu aja ya
    thx

  • Zz December 9, 2017, 8:26 am

    Klu tak dpt persetujuan dr keluarga ttp dah terlanjur pegi nikah kat thailnd ja..

  • Syed muhammad izzuddeen December 15, 2017, 5:36 am

    Ada kawan saya tanya saya die pernah berzina tapi kawan saya suruh perempuan itu pergi hospital untuk chek takut ada masalah tapi perempuam itu pergi tidak ada masalah tapi soalannya adakah dosa itu akan ditanggung oleh bapanya atau si kawan saya?

Cancel reply

Leave a Comment