free tracking




≡ Menu

Doa Dan Amalan Mengubati Penyakit Buasir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Berdoalah KepadaKu Niscaya Aku Perkenankan

“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “

(HR At-tirmizi)

Antara Amalan Mengubati Penyakit Buasir

Solat Sunat Dua Rakaat ( Solat Sunat Mutlak )

Niat

أُصَلِّى سُنَّةَ� رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Dua rakaat kerana Allah Taala”.

Amalkan Solat Sunat Dua Rakaat ini sebelum Subuh ( sebelum masuknya waktu Solat Subuh ), pada rakaat yang pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah, baca  Surah Ash-Syarh – سورة الشرح, dan pada rakaat yang kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah kemudian membaca Surah Al-Fiil – سورة الفيل.

Amalkan selalu dan sentiasa berdoa InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan dari penyakit tersebut. Wallahu’alam….

Amalan ini diceritakan oleh seorang yang menghadapi penyakit buasir yang amat kritikal, bertahun lamanya beliau menanggung kesakitan akibat penyakit ini. Walaupun ada ketika sembuh tetapi penyakit ini tetap berlarutan menyerang kembali, pelbagai usaha dan ikhtiar beliau telah lakukan tetapi tidak juga mendapat kesembuhan yang kekal berterusan. Akhirnya beliau bertemu jalan penyelesaiaan, Allah telah ketemukan beliau dengan seorang Ustaz yang menyuruhnya mengamalkan amalan solat sunat dua rakaat di atas, Alhamdulillah kini beliau sembuh buat selamanya dengan izin Allah Ta’ala. Selamat beramal. – hasnulhadiahmad.com

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Antara Doa Dan Ayat-Ayat Penawar Untuk Penyakit Buasir

Amalan Pada Minggu Pertama:

1. Surah Nahli ayat 51 hingga 64

Baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Pada Minggu Kedua:

2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 99 hingga 112

Baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Pada Minggu ketiga:

3. Surah Al-Mu’minuun ayat 44 hingga 59

Baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Pada Minggu Keempat:

4. Surah An-Nur ayat 35 hingga 40

Baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

– syifa-alhidayah.com

Atau Amalkan Ayat-Ayat Dan Doa Berikut

Doa Penyakit Buasir

Amalkan insyaAllah semoga diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.

Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.

Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

{ 6 comments… add one }
  • KertasPaper June 23, 2013, 6:39 pm

    Amalan yang sangat bermainfaat untuk di amalkan terima kasih

  • KedaiBaru July 12, 2013, 8:41 pm

    Perkongsian yang sangat bagus, baru-baru nie ada kawen yang baru kena buasir tapi peringkat permulaan

  • amir January 28, 2014, 1:45 am

    salam, herba penawar buasir lawatilah blog saya untuk bacaan lanjut
    http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/

    tq.

  • Aisyah December 2, 2014, 1:03 pm

    Assaalamualaikum.
    Saya ingin tahu, bagaimana nak buat amalan ini berterusan jika haid?

  • Muhammad Akbar bin Abdullah July 2, 2015, 10:50 pm

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Ilmu yang menarik untuk dikongsi bersama.

  • Shukri zakaria April 28, 2016, 7:03 am

    Terimakasih …..amat bermanfaat.

Leave a Comment